Monday, April 20, 2015

penternakan madu lebah sebagai sumber pendapatan

Madu lebah asli kini jarang didapati. Kebanyakan madu lebah yang dijual di luar sana telah dicampur dengan bahan lain. Sungguhpun begitu, ramai pembeli yang masih tertipu kerana tidak mempunyai pengetahuan tentang kaedah mengenal pasti keaslian madu lebah. 

Penternakan lebah madu yang kini aktif semula di Kg. Tudan Kiulu Tuaran memberi peluang baharu kepada penggemar madu lebah asli. Keaslian madu lebah yang dihasilkan oleh penduduk di kampung berkenaan masih terjamin. 

Penternakan dan penghasilan madu lebah di kampung ini sememangnya mempunya potensi besar untuk meningkatkan pendapatan penduduk. Produk yang boleh dijual ialah bohungon (haif), bohungon berkoloni lebah apiscerana atau lebah kelulut, hasil madu asli, dan produk sampingan. Namun, produk sampingan berasaskan hasil madu lebah belum dimulakan di kampung ini.

Semoga penternakan lebah madu terus aktif di kampung ini kerana peranannya yang untuk ekonomi penduduk serta kelestarian ekosistem.

 Sogohon yang membuktikan keaslian dan kebersihan sumber air di perkampungan Tudan Kiulu Tuaran
 Teknik tradisional dan moden digabungkan untuk menyediakan bohungon.

 Tumbuhan yang menggalakkan kehadiran lebah di Kg. Tudan Kiulu Tuaran
 Botol guna semula (madu yang dibotolkan dalam gambar ini telah ditempah oleh penulis dan bukan untuk dijual)


 En. Sepin Loidin bersama penulis menunjukkan hasil madu lebah.

Hasil madu lebah ini dituai daripada 4 bohungon yang baharu 2 hingga 3 bulan dihuni oleh lebah apiscerana!
Botol guna semula (madu yang dibotolkan dalam gambar ini telah ditempah oleh penulis dan bukan untuk dijual)

No comments:

Search 2.0

Montok manganu/download mantad youtube

  • http://keepvid.com/