Thursday, April 16, 2015

Lebah madu kembali di Tudan!

Pemeliharaan lebah madu kini kembali aktif dalam kalangan penduduk Kg. Tudan (Libodon) Kiulu Tuaran. Aktiviti ekonomi yang amat berpotensi ini mendapat sokongan kuat daripada JICA SDBEC dan pihak Kerajaan Negeri Sabah dengan kerjasama jabatan-jabatan kerajaan seperti Jabatan Pertanian Sabah dan Pejabat Hasil Bumi Sabah.

Kajian awal mendapati bahawa madu lebah dari perkampungan ini amat berkualiti tinggi. Alam semulajadi yang masih wujud di kawasan ini merupakan faktor utama yang memastikan madu yang dihasilkan berkualiti tinggi.

Spesis lebah madu utama di kawasan ini ialah apis cerana. Spesis apis koschevnikovi juga kadang-kadang menghuni haif penduduk. Di samping itu, penduduk turut mengusahakan penghasilan madu daripada lebah kelulut (tantadan).

Beberapa siri latihan penternakan lebah madu telah dan akan dilaksanakan.

 Latihan Pengurusan dan Pemantauan Haif Lebah, 14.4.2015.


Aktiviti hands on untuk peserta projek apisculture Kg. Tudan Kiulu


Tamangan talun posorili montok koumoligan koposion.

No comments:

Search 2.0

Montok manganu/download mantad youtube

  • http://keepvid.com/