Tuesday, June 17, 2014

AJK Tertinggi Pansa kekal terajui persatuan dengan sokongan penuh

AJK Tertinggi Pansa kekal terajui persatuan dengan sokongan penuh

2nd June, 2014KOTA KINABALU: Ahli Jawatankuasa (AJK) Tertinggi Persatuan Anak Negeri Sabah (Pansa) dikekalkan dengan sokongan penuh para ahli serta ketua-ketua Biro Pansa Daerah semasa Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) persatuan itu di sebuah hotel di sini, baru-baru ini.
Dengan keputusan itu, usahawan Peter Gibin terus menerajui persatuan berkenaan sebagai presiden sejak ditubuhkan enam tahun lalu.
Turut disokong untuk memegang jawatan Naib Presiden I ialah Lawrence Sapitan, Biung Gibin (Naib Presiden II), Melinus Yapot (Setiausaha) dan Julita Gongul sebagai Bendahari.
Manakala pada mesyuarat berkenaan turut diumumkan senarai Ahli Majlis Tertinggi (AMT) terdiri daripada Rowena Alex Claudius, Raphiel Pinus, Maikol Sambuling (Ketua Biro Daerah Pansa Inanam), Ibrahim Ali Omar (Ketua Biro Pansa Daerah Tuaran) dan Ambrose Daipin.
Antara ketua Biro Pansa Daerah yang hadir dan kekal menerajui biro daerah masing-masing, Jaimon Makajil (Tambunan), Jon Wine Sundang (Kota Belud), Akian Akien (Pitas) Ahzveens Hilary Akian (Kota Marudu), Rollix Jamaran (Ranau), Orlando Alex (Lahad Datu), Galus Athoi (Keningau), Manuel Gongkung (Penampang) dan Ukim Morindal @ Juhaidi Maridal (Sook).
Pada mesyuarat itu, antara lain persatuan menegaskan untuk terus melaksanakan tanggungjawab berdasarkan objektif penubuhan untuk membantu meningkatkan taraf hidup anak negeri selaras dengan usaha kerajaan.
Selain itu, ahli-ahli yang hadir turut sepakat untuk terus memainkan peranan menjaga serta melindungi hak kalangan anak negeri daripada pelbagai ancaman terutamanya berkaitan pemilikan tanah, budaya serta identiti.
Sehingga kini, persatuan itu telah mengadakan pelbagai aktiviti terutamanya program kesedaran kepada anak-anak negeri di negeri ini mengenai kepentingan pendidikan dan perpaduan selain daripada menerapkan sikap saling membantu sesama.
Dalam satu program berasingan, ketika ditemui semasa pertemuan dengan ahli-ahli Pansa di Kampung Karamatoi, Sook baru-baru ini atas jemputan wakil penduduk, Peter menasihati penduduk khususnya di kawasan Pedalaman supaya tidak mencari jalan mudah mendapatkan wang dengan menjual tanah warisan mereka.
Sebaiknya tegas beliau, penduduk membangunkan tanah mereka masing-masing dengan pelbagai tanaman komersial seperti getah dan kelapa sawit.
“Tanah yang diusahakan boleh menjadi sumber ekonomi keluarga untuk selamanya berbanding hanya sekali apabila menjual kepada orang lain lebih-lebih lagi individu luar,” katanya.
Beliau memberitahu, Pansa akan berusaha setakat kemampuan persatuan membantu penduduk yang berminat untuk mengusahakan tanah mereka termasuk khidmat nasihat.
Kepada penduduk yang berdepan kekeliruan berhubung status tanah mereka, Peter meminta mereka supaya mengambil tindakan mengikut saluran undang-undang di samping bertegas menuntut hak masing-masing. Turut sama dalam lawatan itu Ketua Biro Pansa Sook, Juhaidi Moridal dan beberapa ahli jawatankuasa Pansa Pusat.-OLEH RAPHIEL PINUS
http://www.newsabahtimes.com.my/nstweb/fullstory/77788

Search 2.0

Montok manganu/download mantad youtube

  • http://keepvid.com/