Wednesday, September 7, 2011


Kiulu nikmati limpahan merdeka




Kiulu terus membangun
SEMENTARA itu, Pemimpin Kemajuan Rakyat (PKR) Kiulu, Sami Bangud berkata kerajaan telah membelanjakan kira-kira RM100 juta untuk melaksanakan pelbagai projek pembangunan di kawasan Kiulu dalam tempoh 10 tahun kebelakangan ini.


Beliau berkata antara projek utama itu ialah menaiktaraf jalan raya Mantob-Pukak, Tomis-Lokos, Longkou Lama-Timbok, Telipok, Tudan-Poring dan pembaikan cerun sepanjang jalan Kiulu.
"Ini tidak termasuk jalan Mantob Gonipis-Poring yang akan dibina tidak lama lagi, sekaligus melengkapkan jalan pintas dari Tamparuli-Kiulu ke Jalan Tambunan-Penampang,” katanya.


Sami berkata ribuan penduduk di 70 kampung, daripada 106 kesemuanya di Kiulu, kini menikmati kemudahan bekalan elektrik.
“Hanya dua kampung lagi yang belum diluluskan permohonan projek elektrik iaitu Bambangan Ulu dan Tolungan Ulu...lain-lain kampung, projek sudah diluluskan dan dalam proses pelaksanaan,” katanya.
Selain menaik taraf jalan raya, beliau berkata kerajaan juga memberi tumpuan kepada pendidikan dengan menyediakan lebih banyak sekolah menengah di kawasan Kiulu.
"Projek terbaru ialah pembinaan SMK Nabalu yang sememangnya dinanti-nantikan oleh ribuan penduduk sekitar Pekan Nabalu yang terletak berdekatan dengan kaki Gunung Kinabalu,” katanya.
Kerajaan penyayang
SAMI berkata, kerajaan menyediakan pelbagai bantuan kebajikan untuk membantu penduduk kampung termasuk warga emas.
Kerajaan melalui unit Pemimpin Kemajuan Rakyat Kiulu turut membantu memajukan kegiatan pertanian di kawasan itu menerusi program penanaman semula getah dan penyediaan benih getah berkualiti tinggi.
Sumber pendapatan penduduk kampung tidak terhad kepada sumber pertanian sahaja. Mereka juga semakin bijak mempelbagaikan sumber pendapatan dengan mengusahakan Homestay.
Sami berkata program Homestay semakin mendapat tempat di hati penduduk di Kiulu.
"Dalam hal ini, kita sedang meninjau kemungkinan memajukan secara agresif program homestay eko-pelancongan berasaskan alam sekitar terutama keindahan Sungai Kiulu, dan antara tempat yang sudah dikenalpasti untuk tujuan ini ialah kampung Lubok, berdekatan kampung Pukak,” katanya.
- BERNAMA

Search 2.0

Montok manganu/download mantad youtube

  • http://keepvid.com/