Profile

Profile Kampung Tudan, Ulu Kiulu Tuaran


PROFIL KAMPUNG TUDAN KIULU TUARAN, SABAH

1.  Pengenalan

     Profil ringkas ini disediakan untuk tujuan memberikan maklumat asas tentang penjelasan lanjut mengenai beberapa perkara berkaitan dengan Kampung Tudan, Kiulu Tuaran.

2.    Perihal Kampung       

       Asal usul nama kampung Tudan adalah diambil daripada kedudukannya yang paling atas atau ulu iaitu tudan atau tudanudan dalam Bahasa Dusun. Suatu waktu dahulu Kampung Tudan lebih popular dikenali sebagai Kampung Libodon. Nama ini masih digunakan lagi pada masa sekarang, terutamanya dalam kalangan warga tua. Di bawah menunjukkan ringkasan maklumat mengenai kampung Tudan:

Nama               : Kampung Tudan
Nama lain                    : Kg. Libodon
Mukim                          :   Mukim Ulu Kiulu
Daerah                         :   Tuaran
Luas                             :  20 km persegi* (anggaran)


Tapak perkampungan terletak dalam kawasan atas atau hulu Sungai Tuaran. Sungai Libodon, Sungai Minipalud dan Sungai Dobon adalah antara anak sungai yang mengalir melalui kampung ini.

Penduduk kampung ini juga telah meluaskan petempatan dengan mendirikan rumah kediaman berhampiran dengan jalan raya utama Kota Kinabalu – Tambunan, di Kilometer 52 iaitu berdekatan simpang masuk ke kampung ini. Faktor pendorong utama perkara ini ialah kegiatan penanaman sayuran tanah tinggi secara lebih intensif. Kini terdapat sebanyak 5 buah rumah kediaman di kawasan baru ini.

Kedudukan kampung ini adalah lebih kurang:

 32 KM dari Pekan Tambunan
 60 KM dari Bandar Penampang

Antara kampung yang terdapat di sekitar kampung Tudan ialah Kampung Baraba, Kampung Dondorung, Kampung Mondungus, Kampung Pantai, Kampung Bambangan, Kampung Poring, Kampung Ormokon, Kampung Sungoi, Kampung Tobobon, Kampung Tungou, dan Kampung Kimanuk serta Kampung Tolungan.

            Di negara Sabah, terdapat dua kampung yang sama nama dengan Kampung Tudan Kiulu Tuaran iaitu Kampung Tudan Baru Keningau dan Kampung Tudan Ranau. Terdapat juga Kampung Tudan, Miri di negara Sarawak.

3.     Sistem Sirkulasi dan Aksesibiliti

       Pada masa ini Kampung Hutan Buloh boleh dihubungi dari jalan utama Kota Kinabalu - Tambunan. Persimpangan jalan raya terletak di KM52. Amnya aksesibiliti ke kampung adalah memuaskan. Bermula tahun 2012, sembilan puluh peratus (90 %)  daripada  jalan adalah berturap dan membentuk hieraki jalan yang baik menghubungkan kampung dengan Kampung Poring dan Kampung Tobobon.
Kampung Tudan Kiulu juga dihubungkan dengan Kampung Baraba dan Kampung Bambangan Ulu Kiulu oleh jalan raya tanah liat/merah. Sungguhpun begitu, pada masa kini jalan perhubungan ini agak “tenat” sehingga kenderaan pacuan 4 roda amat sukar melaluinya.

4    Gunatanah Semasa

      Pada amnya kawasan kampung merupakan kawasan pertanian pindah. Penduduk mengamalkan pertanian padi huma dan tanaman kontan seperti jagung, pisang, ubi kayu, keladi dan sebagainya.  Namun, penduduk juga telah mula menanam tanaman kekal seperti getah sejak kurang daripada 30 tahun dahulu terutamanya bagi penduduk yang mempunyai tanah tradisi (tanah adat) yang terletak di altitud yang lebih rendah (lebih ‘panas’ dari segi cuaca). Tanaman buah-buahan seperti langsat, tarap, durian, bundu, bambangan, pahu dan sebagainya juga dikekalkan atau tidak ditebang apabila membuka kawasan pertanian baru.
            Kawasan perkampungan juga sememangnya digunakan untuk rumah-rumah kediaman, sulap, serta kemudahan asas komuniti seperti sekolah, gereja dan balai raya.

5.  Keadaan Fizikal


      Kampung  Tudan Kiulu Tuaran mempunyai bentuk muka bumi yang agak berbukit-bukau serta bebas dari ancaman banjir. Kecerunan bukit bukau melebihi 10 darjah (anggaran). Terdapat beberapa anak sungai yang mengalir melalui perkampungan contohnya Sungai Libodon, Sungai Tobobon, Sungai Malapi, Sungai Minipalud dan Sungai Dobon. Kawasan pamah dan rata adalah agak terhad. Sungguhpun berbukit bukau, namun mengikut pengalaman dan pemerhatian kejadian tanah runtuh tidak atau sangat jarang berlaku walaupun kegiatan pertanian pindah telah berlaku sejak turun-temurun.

6.   Penduduk / Kegiatan Ekonomi

      Komposisi penduduk adalah seratus peratus (100 %) peribumi Dusun dengan kepercayaan Pagan serta agama Kristian Katolik, SDA dan Islam.

Dianggarkan jumlah penduduk kampung Tudan ialah 500 orang.

      6.1     Jumlah rumah adalah 33 buah, tidak termasuk sulap.
      6.2     Jumlah bilangan isi rumah:
                         6.2.1       Lelaki dan perempuan                     :
                        6.2.2        Lelaki sahaja                       :
                 6.2.3        Perempuan sahaja                     :
      6.3     Bilangan isi rumah mengikut umur:

Umur
Lelaki
Perempuan
 18 tahun ke bawah


19 - 45


46 – 60


60 tahun ke atas



   
    6.4       Pecahan gunatenaga penduduk Kampung Tudan:

                 A)  Pekerja kerajaan :                                                                                    
                 B)  Pekerja swasta    :                                                                                   
                 C) Berniaga               :     
                 D) Bekerja sendiri      :                                                     
                 E) Petani                :
                D) Lain-lain                 :                                                                     
                      
Penanaman Sayuran Tanah Tinggi

            Aktiviti penanaman dan penjualan sayuran tanah tinggi boleh dikatakan baru dalam kalangan penduduk kampung ini. Ianya bermula pada awal tahun 90-an dan semakin giat pada masa kini.  Hasil tanaman sayuran ini dijual di Poopuan, berdekatan simpang masuk ke kampung. Poopuan merupakan gerai atau pondok perniagaan tepi jalan yang diusahakan sendiri oleh penduduk kampung.
Mengikut pemerhatian, didapati bahawa kegiatan sayuran tanah tinggi telah memberi pengaruh besar ke atas bentuk atau kegiatan ekonomi penduduk kampung Tudan.
                

Di samping pekerjaan tetap seperti mana yang telah disebutkan, penduduk kampung ini juga menjalankan kerja-kerja persendirian seperti berniaga kecil-kecilan seperti kedai runcit sama ada berlesen ataupun tidak.
Terdapat juga sebuah pusat menjual minyak petrol dan diesel bersubsidi. Gas dapur dan beras nasional bersubsidi juga kadang-kadang ada dibekalkan.
Selain itu, penduduk di kampung ini juga menambah pendapatan dengan mengambil penumpang yang hendak ke bandar Penampang dan Tambunan.

7.   Aktiviti Ternakan

      Kebanyakan penduduk kampung menjalankan ternakan sara diri seperti memelihara ternakan ayam, itik, kambing, biri-biri dan babi kampung. Namun, kini ternakan seperti kerbau, biri-biri dan kambing nampaknya telah pupus.

8.   Pelaburan      

      Kemungkinan majoriti penduduk mempunyai akaun bank terutama di ASN/B.

9.   Aktiviti Pertanian

      Sungguhpun aktiviti pertanian tanaman sayuran tanah tinggi semakin maju,  namun boleh dikatakan bahawa ia masih di peringkat sara diri sahaja. Hasil pertanian termasuk tanaman sayuran tanah tinggi ini dijual di gerai tepi jalan serta di tamu Donggongon dan Tambunan. Namun, terdapat juga peraih (pemajak) yang memajak hasil tanaman tersebut.

10.   Pendidikan  

        Statistik semasa taraf pendidikan anak-anak penduduk kampong adalah seperti berikut:
  
TAHAP PENDIDIKAN 
BILANGAN 
 IPTA/IPTS
    ? orang
 Sekolah Menengah dan Rendah
 ? orang

         Umumnya rata-rata penduduk warga tua kampung adalah celik huruf. Bilangan penduduk yang buta huruf adalah sangat kecil ( ? %...pemerhatian.

Bilangan anak murid yang mendapat komputer atau laptop 1Malaysia adalah sangat sedikit (?%).

        Peningkatan jumlah anak-anak yang memasuki pusat pengajian tinggi tempatan dari setahun ke setahun adalah menunjukkan bahawa kesedaran tentang ilmu pengetahuan adalah tinggi di dalam masyarakat di kampung ini.

Faktor penghalang utama kepada keciciran dalam pendidikan ialah ketiadaan sumber kewangan/ahli keluarga tidak mampu menanggung perbelanjaan persekolahan anak atau adik-beradik.

11.   Kesihatan

        Hampir keseluruhan penduduk kampung memperolehi sumber air bersih dari sumber air graviti (air bukit) yang disambungkan melalui paip pvc dan paip poly ke rumah masing-masing menggunakan kaedah tarikan graviti. Bekalan air ini dimasak terlebih dahulu untuk memastikan ianya selamat untuk diminum.
        Sistem pembentungan adalah menggunakan tandas curah. Kemungkinan hanya 4 atau 5 buah rumah kediaman yang mempunyai tandas di dalam rumah. Rekod semasa menunjukkan masalah penyakit berjangkit seperti taun, kepialu dan demam denggi  tidak berlaku di kampung ini.
         Pelupusan sampah / sisa-sisa domestik dilakukan secara sempurna samada secara menanam ataupun membakar secara terkawal.

12.     Sosial

         Penduduk kampung ini masih tebal dengan budaya asal lokal(budaya orang Dusun) dengan mengamalkan nilai-nilai murni seperti amalan mogitaatabang atau bergotong-royong samada semasa majlis keramaian atau kematian. Sungguhpun begitu, dapat diperhatikan bahawa amalan mogitaatabang untuk kerja-kerja sukarela seperti membersihkan tanah perkuburan, membaiki saluran paip graviti, kebersihan dan keselamatan kampung semakin kurang dalam kalangan penduduk kampung ini.

Fahaman politik yang berbeza tidak menghalang penduduk kampung memainkan peranan aktif dalam aktiviti kemasyarakatan.

Aktiviti-aktviti amal seperti mogitaatabang membersihkan kawasan gereja dan tanah perkuburan biasanya dianjurkan oleh komuniti gereja (badan gereja).

             Aktiviti seni seperti magagung (memalu gong) tidak wujud, maka ia sepatutnya diwujudkan di kampung ini agar kesinambungan warisan seni ini tidak pupus ditelan zaman.

13.    Agama / Kerohanian

          Di kampung ini terdapat sebuah gereja Katolik, dan surau yang disediakan oleh sekolah SK Tudan Kiulu Tuaran. Penganut agama SDA biasanya menunaikan sembahyang di Tambunan.

14.    Kemudahan Awam dan Infrastruktur

         Kedudukan kampung di kawasan di kawasan yang agak terpencil di kawasan ulu/hulu Kiulu Tuaran mungkin telah menyebabkan kampung ini lambat mendapat bekalan atau kemudahan asas dan infrastrukur. Sebelum tahun 1990-an, kemudahan asas yang biasa diterima ialah ranting (jambatan gantung) dan paip pvc untuk bekalan air graviti. Pembinaan jalan raya bermula pada tahun 1992/1993 dan dinaiktaraf semula sehingga diaspal pada tahun 2011/2012.

Sebelum jalan perhubungan jalan raya ini wujud, anak-anak murid yang bersekolah di SMK Tun Fuad Stephens Kiulu terpaksa berjalan kaki sejauh 4 kilometer ke jalan raya utama Tambunan – Kota Kinabalu sebelum menaiki bas ke Kota Kinabalu, Tamparuli dan ke Pekan Kiulu. Berjalan kaki dari kampung Tudan menuju ke hilir menyusuri Sungai Tuaran juga agak lumrah suatu waktu dahulu dalam kalangan anak-anak murid.

Bekalan Elektrik
Kampung Tudan adalah antara penerima projek tenaga solar, namun setelah hampir 20 tahun kemudahan tenaga solar ini semakin uzur bahkan banyak yang telah tidak dapat digunakan lagi/tidak berfungsi.

Pada tahun 2011, kampung Tudan serta Kampung Baraba telah diberi kemudahan tiang dan kabel elektrik. Menurut sumber, bekalan tenaga elektrik bakal disalurkan dari Penampang. Kebanyakan penduduk telah menerima pelawaan kontraktor elektrik (wiring) untuk memasang sistem pendawaian rumah kediaman masing-masing.  Namun, sungguhpun telah membayar penuh (termasuk pemasangan meter) kemudahan meter elektrik belum diberikan, dan begitu jugalah dengan bekalan tenaga elektrik.


15.   Perkhidmatan yang ditawarkan

        Tidak ada perkhidmatan yang ditawarkan kecuali perkhidmatan kereta menuju ke kampung jiran, dan bandar atau pekan berdekatan. Kebanyakan kenderaan ialah pacuan 4 roda terpakai.

16.    Rumusan

         Berdasarkan kepada situasi semasa, adalah sangat perlu bagi peneraju atau badan JKK kampung untuk merangka pelan perancangan jangka panjang dan jangka pendek  untuk memajukan kampung dengan pelbagai aktiviti termasuklah :

1. Membangunkan kampung dengan industri satu kampung satu produk yang bakal dikenalpasti.
2. Mengembangkan aktiviti ekonomi melalui pengwujudan koperasi kampung.
3. Mengembangkan aktiviti tanaman sayuran tanah tinggi dengan bimbingan intensif serta insentif sewajarnya.
4. Mengenal pasti aktiviti ekonomi alternatif lain seperti
            a. perusahaan cendawan (seperti yang diusahakan di kawasan Moyog)
            b. perusahaan kraftangan (berasaskan poring, tulu, sumbiling, tuai dan sebagainya).
5. Mewujudkan aktiviti kesenian seperti latihan tarian dan muzik tradisional
6. Mewujudkan aktiviti ekonomi pelancongan (eko-pelancongan) berasaskan geofizikal dan cuaca sejuk (tanah tinggi) di kampung ini.
7. Mengaktifkan dan mengembangkan aktiviti sosial seperti amalan mogitaatabang,
8. Mewujudkan kemudahan sukan seperti gelanggang bola sepak dan futsal serta indoor games seperti badminton dan pingpong dengan menaiktaraf dewan serbaguna sedia ada.
9. Mempercepatkan urusan meter elektrik dan seterusnya bekalan tenaga elektrik.
10. Melibatkan semua warga penduduk kampung dalam perancangan pembangunan kampung termasuklah pemilihan wakil kampung.

         Komitmen dan penglibatan penduduk kampung yang sentiasa tinggi dalam setiap aktiviti yang dirancangkan bakal merubah kedudukan kampung ini sesuai dengan matlamat kerajaan melahirkan masyarakat yang maju dan berwawasan.



KETUA KAMPUNG
En. Golunus Gaim Gibin

PENGERUSI JKK


TIMB. PENGERUSI


SETIAUSAHA


BENDAHARI


AHLI JAWATANKUASA


Tompinai,

1.     Data yang tepat seperti jumlah penduduk, dan lain-lain itu tidak sempat saya cari.
2.     Siou atas kekurangan yang agak banyak dalam profil kampung ini, kio.
3.     Data dan maklumat yang lebih tepat dan lengkap mungkin boleh diperolehi daripada badan JKK Kampung Tudan.
4.     Terima kasih kerana memberi perhatian kepada kampung kami khususnya yang berkaitan dengan bidang pertanian. Diharap perancangan yang teliti itu dapat diimplementasi sebaiknya dan memberi kebaikan khasnya kepada seluruh penduduk peribumi kampung Tudan.



O ya, yoku nopo ti nga tulun kampung toomod di kampung Tudan. Nga miagal di nokosunud ku dika, agayo ginawo ku monguhup (honggo-honggo torikot laa) loolobi po kahampit kampung nantadon ku ti.

Milo kanto mintong ko hilo blog: www.kiuluhighlanders.blogspot.com Yoho o admin dau.
Toi FaceBook: Kiulu Highlanders Community


Kotoluadan.

(Profile kampung Tudan ini diminta oleh En. Lakeming Manggih, Pegawai Pertanian di Jabatan Pertanian Daerah Tuaran. Disebabkan kesuntukan masa, maka data dan maklumat yang sempat dikemukakan kepada beliau adalah kurang lengkap dan tidak/kurang tepat. Penyelidikan lebih terperinci diperlukan untuk mendapatkan data dan maklumat yang lebih tepat.) Kotoluadan.

No comments:

Search 2.0

Montok manganu/download mantad youtube

  • http://keepvid.com/