Wednesday, December 7, 2016

kgku harmoni, osompuru om koburu

kgku harmoni, osompuru om koburu

Tudan- 2.2.2016: Program Pelan Tindakan Kampung Sejahtera oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah (KPLB Sabah) berjaya dianjurkan dengan gilang gemilang bertempat di Pusat Komuniti Kg. Tudan Kiulu Tuaran. Program yang berlangsung selama 2 hari sejak 1.12.2016 itu telah melibatkan seramai lebih 100 warga  Kg. Tuddan JICA SDBEC bahan.

Bercakap dalam ucapan perasmian penutupan, ADUN N.11 Kiulu YB Datuk Joniston Bangkuai mengucapkan syabas dan tahniah kepada penduduk kerana dipilih oleh KPLB dalam program Kampung Sejahtera yang akan berlangsung selama 5 tahun. Pemilihan Kg. Tudan dalam program Kampung Sejahtera merupakan 'keberuntungan berlipatganda' bagi penduduk itu sendiri memandangkan program JICA SDBEC di kampung tersebut juga sedang berlangsung dan akan berakhir pada tahun 2017.

Beliau menegaskan bahawa konsep kerjasama demi kesejahteraan penduduk adalah intipati utama dalam mencapai hasrat tersebut. Tambahnya lagi, konsep kerjasama perlu diteruskan sungguhpun terdapat perbezaan fahaman politik dan sebagainya. Menurut beliau, konsep ini sentiasa diamalkan oleh pihak ADUN, ADR mahupun kerajaan secara keseluruhannya.

Turut merakamkan penghargaan pada program tersebut ialah PJKKK Kg. Tudan Kiulu, Pn. Emmylice Sirinus yang. Beliau mewakili penduduk sangat berterima kasih bukan sahaja kepada pihak KPLB dan pihak kerajaan tetapi juga kepada JICA SDBEC yang telah memberi bimbingan dan perubahan terhadap Kampung Tudan. Pusat Komuniti yang menjadi pusat aktiviti penduduk Kg. Tudan merupakan contoh jelas kepada sumbangan daripada pihak JICA SDBEC.

Antara pengisian program tersebut ialah 'brainstorming' terhadap keperluan dan projek-projek keutamaan untuk Kg. Tudan yang dijalankan secara berkumpulan iaitu Kumpulan Barisan Kepimpinan Kampung, Kumpulan Veteran, Kumpulan Wanita/Ibu dan Kumpulan Belia. Aktiviti-aktiviti program berjalan dengan lancar dan penuh semangat!

Semua ahli komuniti turut mempersetujui slogan KAMPUNGKU HARMONI, OSOMPURU, OM KOBURU sebagai slogan yang akan dipaparkan pada Papan Gerbang Kampung Sejahtera Kg. Tudan kelak.

Turut bersama dalam program tersebut ialah Pegawai Daerah Kecil Tamparuli, pegawai-pegawai kanan KPLB dan agensi kerajaan lain, UPPM dan pegawai kanan JICA SDBEC.


 Kombura Discovery: Syabas dan Tahniah kepada  semua ahli komuniti! Tilombuson do osompuru kumaa doid koburuon.









Monday, October 10, 2016



 Sukan mengeratkan persefahaman dan perpaduan penduduk



Tudan Kiulu, 8.10.2016:- Hari Sukan Negara peringkat Kg. Tudan Kiulu berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Program tersebut berjaya melibatkan lebih daripada 50 orang peserta yang terdiri daripada kanak-kanak dan dewasa. Antara aktiviti sukan dan fizikal yang dijalankan ialah merentas desa, 100m dan 4x100m, sepak takraw dan bola sepak selain acara sukaneka kanak-kanak. Terdahulu dalam ucapan pelepasan peserta merentas desa, Ketua Kampung Kg Tudan Kiulu, En. Golonius Gibin mengucapkan terima kasih atas penyertaan dan menegaskan bahawa sukan dan aktiviti fizikal adalah sangat penting bukan sahaja untuk kesihatan tubuh badan tetapi juga demi mengeratkan lagi persefahaman dan perpaduan penduduk.

Dalam pada itu, Badan Penaja JKKK Kg. Baraba Kiulu juga turut menghantar ahli komunitinya untuk menyertai program tersebut. Mereka berjaya melibatkan diri dalam semua aktiviti yang dijalankan.

Sementara itu, Pengerusi JKKK Kg Tudan Kiulu, Pn. Emylice Sirinus turut merakamkan penghargaan dan terima kasih atas kehadiran semua peserta serta urusetia program. Turut bersama dalam program ini ialah Timbalan PJKKK Kg Tudan Kiulu, En. Jomuin dan Setiausaha JKKK Kg. Tudan , En. Jenius Gadiman.

Penyampaian hadiah dan penutupan siap dijalankan pada jam 2.00 petang.






























































Gambar dan teks oleh: Kombura Discovery

Sisipan:
 Kg. Tudan Kiulu Tuaran adalah antara pengeluar madu tulen dari lebah apis cerana  dan madu kelulut. Perusahaan yang kian maju ini telah dihidupkan semula oleh JICA Sabah dengan kerjasama Kerajaan Negeri Sabah dan agensi-agensi kerajaan serta NGO.



















Rounded Rectangle:

Search 2.0

Montok manganu/download mantad youtube

  • http://keepvid.com/