Monday, April 20, 2015

penternakan madu lebah sebagai sumber pendapatan

Madu lebah asli kini jarang didapati. Kebanyakan madu lebah yang dijual di luar sana telah dicampur dengan bahan lain. Sungguhpun begitu, ramai pembeli yang masih tertipu kerana tidak mempunyai pengetahuan tentang kaedah mengenal pasti keaslian madu lebah. 

Penternakan lebah madu yang kini aktif semula di Kg. Tudan Kiulu Tuaran memberi peluang baharu kepada penggemar madu lebah asli. Keaslian madu lebah yang dihasilkan oleh penduduk di kampung berkenaan masih terjamin. 

Penternakan dan penghasilan madu lebah di kampung ini sememangnya mempunya potensi besar untuk meningkatkan pendapatan penduduk. Produk yang boleh dijual ialah bohungon (haif), bohungon berkoloni lebah apiscerana atau lebah kelulut, hasil madu asli, dan produk sampingan. Namun, produk sampingan berasaskan hasil madu lebah belum dimulakan di kampung ini.

Semoga penternakan lebah madu terus aktif di kampung ini kerana peranannya yang untuk ekonomi penduduk serta kelestarian ekosistem.

 Sogohon yang membuktikan keaslian dan kebersihan sumber air di perkampungan Tudan Kiulu Tuaran
 Teknik tradisional dan moden digabungkan untuk menyediakan bohungon.

 Tumbuhan yang menggalakkan kehadiran lebah di Kg. Tudan Kiulu Tuaran
 Botol guna semula (madu yang dibotolkan dalam gambar ini telah ditempah oleh penulis dan bukan untuk dijual)


 En. Sepin Loidin bersama penulis menunjukkan hasil madu lebah.

Hasil madu lebah ini dituai daripada 4 bohungon yang baharu 2 hingga 3 bulan dihuni oleh lebah apiscerana!
Botol guna semula (madu yang dibotolkan dalam gambar ini telah ditempah oleh penulis dan bukan untuk dijual)

Thursday, April 16, 2015

Jambatan Sg. Libodon...apa masalahnya?

Tudan:- Jambatan baru Sg. Libodon tidak lagi selamat untuk dilalui. Keadaan jambatan tersebut telah terjejas teruk akibat huna lebat berterusan yang menyebabkan air sungai Libodon mengganas. Menurut penduduk, jambatan baharu itu kini cuma disokong oleh beberapa tiang yang juga telah terdedah disebabkan hakisan dari banjir tersebut. Mujurlah jambatan besi/kayu yang lama masih dapat dilalui setelah penambahbaikan dilaksanakan.


 akibat hujan lebat dan banjir tanah dan batu batan yang berasal daripada runtuhan tanah dihulu Sg. Libodon suatu waktu dulu. Menurut penduduk, sungai libodon tersebut kini berpotensi dijadikan tempat memelihara (tagal) kerana ia kini lebih terdedah kepada cahaya matahri


Sambayang ralan salip, Nuluhon kg.tudan...

Tudan, 3.4.2015 (Good Friday)






Pitabangan popoburu piisaan...popoburu koonuan waig graviti kg.tudan





 Tudan, Kiulu, 14.2.2015: Pinogitaatabangan do tulun sakampung do pinopoimpohon di tangki waig graviti montok zon Tudan Podos. Tangki ponimungan waig dilo nopo nga tinoluod di ADUN Kiulu YB Datuk Joniston. (Kounsikou Datuk). Toud nopo do waig graviti Kg. Tudan nga hilo id dudan do bawang Minipalud.





 "Nung okon ko maya pitabangan om piisaan do ginawo nga amu asalasai masalah kampung".



Lebah madu kembali di Tudan!

Pemeliharaan lebah madu kini kembali aktif dalam kalangan penduduk Kg. Tudan (Libodon) Kiulu Tuaran. Aktiviti ekonomi yang amat berpotensi ini mendapat sokongan kuat daripada JICA SDBEC dan pihak Kerajaan Negeri Sabah dengan kerjasama jabatan-jabatan kerajaan seperti Jabatan Pertanian Sabah dan Pejabat Hasil Bumi Sabah.

Kajian awal mendapati bahawa madu lebah dari perkampungan ini amat berkualiti tinggi. Alam semulajadi yang masih wujud di kawasan ini merupakan faktor utama yang memastikan madu yang dihasilkan berkualiti tinggi.

Spesis lebah madu utama di kawasan ini ialah apis cerana. Spesis apis koschevnikovi juga kadang-kadang menghuni haif penduduk. Di samping itu, penduduk turut mengusahakan penghasilan madu daripada lebah kelulut (tantadan).

Beberapa siri latihan penternakan lebah madu telah dan akan dilaksanakan.

 Latihan Pengurusan dan Pemantauan Haif Lebah, 14.4.2015.


Aktiviti hands on untuk peserta projek apisculture Kg. Tudan Kiulu


Tamangan talun posorili montok koumoligan koposion.

Search 2.0

Montok manganu/download mantad youtube

  • http://keepvid.com/