Monday, January 11, 2016

Kem Perubatan 2016 - Kejayaan luar biasa!

Kiulu, 10 Januari: – Kem Perubatan 2016 membuka tirai barunya dengan kejayaan melaksanakan program tersebut di Kg. Tudan Kiulu Tuaran. Program yang diadakan dari jam 10.00 pagi hingga 2.00 petang itu mendapat sambutan luar biasa dari masyarakat Kg. Tudan sendiri serta penduduk kampung-kampung berdekatan. Kepuasan jelas terpancar pada wajah setiap pengunjung yang hampir kesemuanya mengambil kesempatan melakukan pemeriksaan perubatan. Pelbagai perkhidmatan perubatan percuma disediakan seperti pemeriksaan tekanan darah, tahap glukosa, mencabut gigi, psikiatri, mata serta menderma darah dan diselangi dengan cabutan ‘nama bertuah’.

Dalam ucapan perasmiannya, ADUN N.11 Kiulu YB Datuk Joniston Bangkuai merakamkan penghargaan kepada pihak Hospital Tuaran dan pasukan penganjur atas kejayaan melaksanakan Kem Perubatan di tempat yang agak terpencil dalam daerah Kiulu ini. Kedatangan pengunjung yang melebihi 300 orang adalah melebihi sasaran, dan ini membuktikan keperluan perkhidmatan kesihatan di Kg. Tudan.

Dalam ucapannya, YB Datuk Joniston yang juga merupakan Pengerusi Lembaga Pelancongan Sabah mengumumkan cadangan agar sebuah klinik dibina di Kg. Tudan.

Turut hadir dalam program tersebut ialah Yang Berbahagia En. Joisin Romut, Setiausaha Politik kepada Menteri MOSTI Malaysia; selain pemimpin-pemimpin masyarakat serta pakar-pakar perubatan.

Kem Perubatan 2016 adalah anjuran bersama Hospital Tuaran, Klinik Pergigian Tuaran, Pejabat ADR P.170 Tuaran, Pejabat ADUN N.11 Kiulu, Sabah Indian Association, Kota Kinabalu Hindu Temple Association, Malaysia Hindu Sangam-Sabah State Council, Singh Sabha Kota Kinabalu, Ahli Lembagai Pelawat Hospital Tuaran dan JKKK Kg. Tudan.













Kombura Discovery

Search 2.0

Montok manganu/download mantad youtube

  • http://keepvid.com/