Monday, November 19, 2012

Intangai toko'

Written by Admin (
sabahkini.net)
  
Monday, 08 October 2012 22:48






















Oleh : LOPUNG

DAKWAAN parti pembangkang bahawa, Kiulu tiada pembangunan adalah sama sekali tidak benar kerana cukup jelas, bahawa kesemua projek yang dilaksanakan dalam masa empat tahun ini telah memberi kemudahan kepada penduduk Kiulu.

Dalam Mesyuarat Agung Parti Bersatu Sabah (PBS) Bahagian N. 11, Kiulu ke 27 yang telah diadakan di Dewan Masyarakat Kiulu pada 5 Oktober 2012. Sambutan yang amat meriah sehingga Presidennya, Tan Sri Joseph Pairin Datuk Kitingan telah diiringi oleh konvoi bermotosikal.
Mesyuarat berkenaan telah dihadiri lebih seribu penyokong PBS di kawasan Kiulu. Difahamkan, banyak cawangan baru telah dibuka dan ini menunjukkan bahawa PBS semakin lama, semakin diminati oleh masyarakat Kiulu.

Kenyataan parti pembangkang bahawa, mereka semakin kuat adalah tidak benar kerana rata-rata yang hadir faham akan perjuangan PBS yang belum selesai dan harus diteruskan.

Tambahan pula dengan laporan daripada Setiausaha Bahagian PBS N. 11 Kiulu yang memberitahu semua projek-projek yang telah dan akan dilaksanakan serta projek yang telah siap di kiulu sejak dari tahun 2008 sehingga tahun ini 2012.

Dengan laporan berikut, semua hadirin teruja dengan komitemen kerajaan yang setiap masa, berusaha untuk membantu rakyat yang memerlukan. Inilah yang kita perlukan. Inilah yang kita mahu. Inilah yang rakyat mahu; masalah dan aduan mereka dapat didengari oleh pucuk pimpinan parti.

Projek yang telah dilaksanakan di Kiulu dalam masa 4 tahun ini bernilai RM 280,672,760.02 terbahagi kepada 19 projek mega seperti pecahan berikut :

1. Projek Membina Jalan Pukak Ke Mantob, Kos Projek RM 25,277,79.50. Projek ini telah siap dimana projek bermula pada 17. 07. 2007 hingga 24.02.2009

2. Projek Menaik Taraf Jalan Tomis-Tiong-Lokos; Kos Projek RM 28,498,910.00. Projek ini telah siap iaitu bermula pada 2.9.2008 hingga 7.2.2010.

3. Naik Taraf Jalan Kiulu-Longkou Lama; Kos Projek RM 5,878,137.00 yang bermula pada 8.5.2009 dan siap pada 7.8.2009

4. Upgrading And Sealing Of Jalan Longkou Lama (Phasa 2) Kiulu; Kos Projek RM 2,826,800.00 yang mana, bermula pada 15.12.2009 dan siap pada 14.10.2010.

5. Pembinaan Jalan Longkou Lama Kiulu Phasa 3; yang menelan belanja sebanyak RM 2,526,633.80 yang bermula pada 1.4.2010 dan siap pada 1.3.2011.

6. Repair Of Slopes Failure At Km 1, Km 3, Km 5.3 And Km 6.9 Jalan Tamparuli-Kiulu yang memakan belanja RM 8,556,592.50. Projek ini telah bermula pada 17.12.2010 dan dijangka siap pada 16.12.2012.

7. Repair Of Slopes Failure Along Jalan Lawa Mandau, Kiulu; yang memakan belanja sebanyak RM 10,760,763.00. Projek telah bermula pada 17.12.2010 dan dijangka siap pada 16.12.2012.

8. Naik Taraf Jalan Gonipis-Tebobon, Kiulu yang bernilai RM 20,533,279.00 yang telah bermula pada 27.8.2011 dan dijangka siap pada 26.2.2013.

9. Upgrading And Sealing Of Jalan Longkou Lama (Phase 4) Kiulu; yang bernilai RM 4,450,589.72 telah bermula pada 8.8.2011 dan masih dalam pembinaan.

10. Naiktaraf Jalan Bungalio-Longkou Baru-Timbok; yang bernilai RM 42,889,540.58 di mana projek bermula pada 13.1.2012 dan dijangka siap pada 12.1.2014.

11. Naiktaraf Jalan Mantob-Gonipis; yang bernilai RM 14,062,158.70 dimana projek bermula pada 20.6.2011 dan masih dalam pembinaan.

12. Pembinaan Bekalan Tenaga Elektrik Bagi 53 Buah Kampung; yang menelan belanja sebanyak RM 5,595,293.22 dan kini 80% siap.

13. Projek Bekalan Air Luar Bandar Sistem Retikulasi Negeri Sabah Tahun 2011-2012 (Zon 17b) Kg. Guakon-Pembinaan 3 Buah Booster Pump Tangki Simpanan, Kg. Kionsom Kiulu, Kg. Longkou Lama Kiulu-Pembinaan Booster Pump Dan Tangki; yang bernilai RM 11,851,179.00 di mana telah bermula pada 2.9.2011 dan dijangka siap pada 1.1.2013.

14. Pemasangan Paip Di Kawasan Nabalu (Perkarangan Kedai Pekan Nabalu); bernilai RM 250,000,.00 yang bermula pada 8.11.2011 dan telah siap sepenuhnya.

15. Projek Upgrading Of Pump House (3 Nos) At Jalan Kiulu, Power Generating Sets, Reinstatement Of Pumping Main And Transmission Main For Kiulu Water Supply; yang bernilai RM 14, 499,535.00 dan projek ini bermula pada 2.11.2007 dan telah siap sepenuhnya pada 2.11.2011.

16. Projek Bekalan Air (Pemasangan Paip Sistem Agehan) Ke Mukim Nabalu Kiulu, Tuaran Melibatkan Kg. Taginambur, Kg. Giuk, Kg. Dallas, Kg. Balabakan, Kg. Nungkok, Kg. Kaung Lapai, Kg. Kiau Toburi Dan Penambahan Sumber Air Dari Sungai Munulunuh; kos projek bernilai 5,472,690.00 yang bermula pada 13.10.2011 dan dijangka siap pada 12.10.2012 serta 84% telah siap.

17. Projek Water Supply Facilities For Nabalu Township, Tuaran-Design And Build; kos projek RM 17,542,879.00 yang telah bermula pada 29.4.2009 dan dijangka siap pada 28.10.2013. Bagaimanapun, pembinaan loji rawatan air, perpaipan dan tangki simpanan telah siap sepenuhnya dan sedang beroperasi.

18. Projek Membina Jalan Tudan-Poring-Tobobon; kos projek RM 48,000,000.00 yang telah bermula pada 29.4.2009 dan dijangka siap sepenuhnya pada 28.10.2013. Setakat ini 78% telah siap.

19. Pembinaan Semula Jambatan Kereta Sepanjang Jalan Kiulu-Pukak-Mantob-Pahu (4 Buah) yang bernilai RM 11,200,000.00 di mana, projek bermula pada ogos 2012 dan dijangka siap pada januari 2014. Difahamkan Jambatan Kg. Sinopukan dan Kg. poturidong sudah bermula dan dua projek lagi sedang menunggu perubahan rekabentuk.

Ini adalah sebahagian daripada projek besar yang telah disalurkan ke Kiulu dan ini tidak termasuk projek-projek kecil melalui peruntukan ADUN dan pembinaan jalanraya pertanian.

Dengan projek-projek yang telah dibawa oleh PBS melalui YBnya; adakah PBS tidak releven untuk membantu rakyat ? Adakah PBS harus dilenyapkan di muka bumi? Adakah Datuk Louis Rampas sudah tidak releven Di Kiulu?

Beliau telah membawa perubahan dan pembangunan di Kiulu dan mengapa penduduk Kiulu harus menolak beliau pada PRU 13 ini? Selain itu, beliau telah mengusulkan agar pekan Kiulu diwujudkan Pejabat Daerah Kecil dan ini amat baik bagi seluruh masyarakat Kiulu kerana peruntukan yang disalurkan akan mudah diperolehi melalui pejabat sendiri di Kiulu, termasuklah urusan tahan, bantuan rakyat dan sebagainya.

Senario ini juga menunjukkan, Kerajaan Persekutuan amat prihatin dengan keperluan rakyat. Kerajaan Persekutuan tidak mengabaikan keperluan rakyat Sabah khasnya di Kiulu dan Parti Bersatu Sabah telah bersama-sama dengan kerajaan persekutuan, membangunkan bangsa KDM di Sabah termasuk Kiulu.

Usaha gigih pemimpin PBS Kiulu, termasuk Louis telah berjaya mendapatkan kemudahan yang diharapkan oleh masyarakat Kiulu dan ini lah yang kita mahu. Pemimpin seperti inilah yang rakyat mahu kerana beliau masih Juara Rakyat Kiulu yang tidak putus-putus mengusulkan pembangunan di Kiulu.

Kombura Discovery:
1. Ogumu kokitanan do prujik kotundaan montok watas Kiulu (nga amu toko okito tu agayo kakapon id watas diti)
2. Agayo poruntukan montok prujik ngai' id watas Kiulu (nga haro doti prujik i amu poinggonop toi amu katanud karatas karaja @ spesifikasi dau. Nasabab kanto di unexpected (amu nosorou mantad di minamalan do spesifikasi?), toi nunu....
3. Agayo kakapon di poruntukan kotundaan watas Kiulu (kumaus no di iri watas toi kokompungan iri amu norikatan prujik)
4. Geofizikal (kowoowoyoon tana) id watas Kiulu karahung (mempengaruhi) kopio ginayo prountukan om 'korikatan' di prujik
5. Amu po poinsanarai iri sogu momonsoi talun-alun mantad Kg. Tobobon-Kg. Gonipis? (nolihuan kanto sabab nokoumbal bo daa iri nakalabus id suratkabar)
6. Sokuukuri daa kaharo kopio ilo Pejabat Daerah Kecil Kiulu - mimang kogumu tulun rumikot hilo Pakan Kiulu nung hilo o pantadbiran ngai dau, kaampai no koupisan JPN, Tana', Kebajikan, Pertanian, om ogumu po ---alansan daa kaharo ilo kaampai kopio daa  di talun-alun kalapus mantad Tobobon-Gonipis.
7. Oinsanan poruntukan toi prujik ngai dilo nga mantad ADUN sondiri no ko maya po ngai MP (Parlimen)? ---(tiintong daa di MP koimbulai hilo Sokid Kiulu (Ulu Kiulu).
8. Milo bo kanto oputan ri lotirik hilo Sokid Kiulu sumuang hilo suok kagu (Kg. Pantai, Bambangan, Dondorung, Mondungus, gisom hilo Tobobon ngai. (nga mandad po RRJP kawagu tu nai' no poruntukan porinta'..kanto? Norikatan no daa guas om wayor lotirik ponong hilo sokid Kiulu (Tudan, Baraba) nga mokianu po daa kaagu kouhupan papasang do 'wiring' . Montok di soningkaraja' obuli po daa mongutang hilo bank do pambarai wiring nga ogumu ri mananom-nanom no om amu di kabagal kousinan montok paganakan to isikul tangaanak looobi po momowiring. Oinsanan onuan kouhupan nga lobi bogia osonong---POUNSIKOU POURAMPUD bo daa---tusin nga toko bo ngai ri.
9. Manganu laang mantamong watas Kiulu mantad koligaganan tulun songkosuayan---kada po daa di koburu-buru o watas nga sonsuni-suni nogi iri tionon tulun songkosuayan miagal id watas suai
10. Poingkuro laang mantamong koumoligan tana NCR watas Kiulu... haro no doti guronot montok isu tosoding (sensitif) diti. Dialog tana' nopo nga iso laang monorisid koligagangan tana id kampung-kampung ngai. Nga noilalaan no bo daa ngai nunu ngai iri koligaganan tana'....laang po daa monolibamban koligaganan
11. Moi do korikot om kaanu daa tulun hilooo suok toi sokid ngai di kouhupan ngai -- miagal no di BR1M, tangki waig 1M, om ogumu bo gia ri...
12. Moi do pondalan kasari daa iri kouhupan kumaa susumikul...

# KOUNSIKAHAN no bogia kopio kumaa kotundaan ngai pinapanau om papanahon do porinta. Mimang tumanud id kagarasan di lansanon ngai (MP, ADUN, UPKR, JKKK ngai) om iri ngai papapanau prujik (Koupisan JKR po toi, kuntirik ngai) o kongoi-ongoion di prujik dii. Om iri tulun kampung nga 'karahung' nogi moti kapaapanahon dau....
Agayo tonggungan di lansanon ngai toko'. Kahampit ngai di ahal toi isu lokal (id suang kampung), isu watas, isu pogun Sabah om nogi isu nasional om sompomogunan).
Demokrasi ngai.

Kotoluadan.

No comments:

Search 2.0

Montok manganu/download mantad youtube

  • http://keepvid.com/