kgku harmoni, osompuru om koburu
Tudan- 2.2.2016: Program Pelan Tindakan Kampung Sejahtera oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah (KPLB Sabah) berjaya dianjurkan dengan gilang gemilang bertempat di Pusat Komuniti Kg. Tudan Kiulu Tuaran. Program yang berlangsung selama 2 hari sejak 1.12.2016 itu telah melibatkan seramai lebih 100 warga Kg. Tuddan JICA SDBEC bahan.
Bercakap dalam ucapan perasmian penutupan, ADUN N.11 Kiulu YB Datuk Joniston Bangkuai mengucapkan syabas dan tahniah kepada penduduk kerana dipilih oleh KPLB dalam program Kampung Sejahtera yang akan berlangsung selama 5 tahun. Pemilihan Kg. Tudan dalam program Kampung Sejahtera merupakan 'keberuntungan berlipatganda' bagi penduduk itu sendiri memandangkan program JICA SDBEC di kampung tersebut juga sedang berlangsung dan akan berakhir pada tahun 2017.
Beliau menegaskan bahawa konsep kerjasama demi kesejahteraan penduduk adalah intipati utama dalam mencapai hasrat tersebut. Tambahnya lagi, konsep kerjasama perlu diteruskan sungguhpun terdapat perbezaan fahaman politik dan sebagainya. Menurut beliau, konsep ini sentiasa diamalkan oleh pihak ADUN, ADR mahupun kerajaan secara keseluruhannya.
Turut merakamkan penghargaan pada program tersebut ialah PJKKK Kg. Tudan Kiulu, Pn. Emmylice Sirinus yang. Beliau mewakili penduduk sangat berterima kasih bukan sahaja kepada pihak KPLB dan pihak kerajaan tetapi juga kepada JICA SDBEC yang telah memberi bimbingan dan perubahan terhadap Kampung Tudan. Pusat Komuniti yang menjadi pusat aktiviti penduduk Kg. Tudan merupakan contoh jelas kepada sumbangan daripada pihak JICA SDBEC.
Antara pengisian program tersebut ialah 'brainstorming' terhadap keperluan dan projek-projek keutamaan untuk Kg. Tudan yang dijalankan secara berkumpulan iaitu Kumpulan Barisan Kepimpinan Kampung, Kumpulan Veteran, Kumpulan Wanita/Ibu dan Kumpulan Belia. Aktiviti-aktiviti program berjalan dengan lancar dan penuh semangat!
Semua ahli komuniti turut mempersetujui slogan KAMPUNGKU HARMONI, OSOMPURU, OM KOBURU sebagai slogan yang akan dipaparkan pada Papan Gerbang Kampung Sejahtera Kg. Tudan kelak.
Turut bersama dalam program tersebut ialah Pegawai Daerah Kecil Tamparuli, pegawai-pegawai kanan KPLB dan agensi kerajaan lain, UPPM dan pegawai kanan JICA SDBEC.
Kombura Discovery: Syabas dan Tahniah kepada semua ahli komuniti! Tilombuson do osompuru kumaa doid koburuon.