Sukan mengeratkan persefahaman dan perpaduan penduduk
Tudan Kiulu, 8.10.2016:- Hari Sukan Negara peringkat Kg.
Tudan Kiulu berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Program tersebut berjaya
melibatkan lebih daripada 50 orang peserta yang terdiri daripada kanak-kanak
dan dewasa. Antara aktiviti sukan dan fizikal yang dijalankan ialah merentas
desa, 100m dan 4x100m, sepak takraw dan bola sepak selain acara sukaneka
kanak-kanak. Terdahulu dalam ucapan pelepasan peserta merentas desa, Ketua
Kampung Kg Tudan Kiulu, En. Golonius Gibin mengucapkan terima kasih atas
penyertaan dan menegaskan bahawa sukan dan aktiviti fizikal adalah sangat
penting bukan sahaja untuk kesihatan tubuh badan tetapi juga demi mengeratkan
lagi persefahaman dan perpaduan penduduk.
Dalam pada itu, Badan Penaja JKKK Kg. Baraba Kiulu juga
turut menghantar ahli komunitinya untuk menyertai program tersebut. Mereka
berjaya melibatkan diri dalam semua aktiviti yang dijalankan.
Sementara itu, Pengerusi JKKK Kg Tudan Kiulu, Pn. Emylice
Sirinus turut merakamkan penghargaan dan terima kasih atas kehadiran semua
peserta serta urusetia program. Turut bersama dalam program ini ialah Timbalan
PJKKK Kg Tudan Kiulu, En. Jomuin dan Setiausaha JKKK Kg. Tudan , En. Jenius
Gadiman.
Penyampaian hadiah dan penutupan siap dijalankan pada jam
2.00 petang.
Gambar dan teks oleh: Kombura Discovery
Sisipan:
Kg. Tudan Kiulu Tuaran adalah antara pengeluar madu tulen dari lebah apis cerana dan madu kelulut. Perusahaan yang kian maju ini telah dihidupkan semula oleh JICA Sabah dengan kerjasama Kerajaan Negeri Sabah dan agensi-agensi kerajaan serta NGO.
Sisipan:
Kg. Tudan Kiulu Tuaran adalah antara pengeluar madu tulen dari lebah apis cerana dan madu kelulut. Perusahaan yang kian maju ini telah dihidupkan semula oleh JICA Sabah dengan kerjasama Kerajaan Negeri Sabah dan agensi-agensi kerajaan serta NGO.