Monday, May 14, 2018

dari rakyat untuk rakyat



Sesiapa pun wakil rakyat yang dihasilkan oleh PRU14 ini, rakyat KHC mendambakan fasilitasi terhadap pelbagai isu. 

Antaranya:-
1. Merealisasikan pengiktirafan terhadap tanah adat warisan datuk-nenek-moyang di seluruh kawasan KHC;
2. Meningkatkan kemudahan infrastruktur dan infostruktur di seluruh KHC;
3. Meningkatkan inovasi dan kreativiti ekonomi berasaskan sumber setempat di KHC seperti pelancongan budaya, geo-tourism, agro-tourism.
(Dan isu-isu lain)

Antara perinciannya: 

(i). Bina mini empangan untuk setiap kampung yang masih bergantung kepada bekalan air graviti; 
(ii) Kasi marak segera lampu (sambungkan bekalan tenaga elektrik) bagi kampung-kampung yang sudah dipasang tiang dan kabel bekalan elektrik; 
(iii) teruskan pembinaan jalan raya Gonipis - Tobobon, Kiulu
(iv) aturkan subsidi penanaman sayuran tanah tinggi contohnya di KHC/Kg Tudan; 
(v) bikin jaringan jalan kereta (at least kereta boleh lalu di perkampungan 
(vi) wujudkan pusat latihan kemahiran Kiulu; 
(vii) kenal pasti dan usahakan membantu anak-anak sekolah dengan keluarga tidak berkemampuan $$$ untuk elakkan keciciran/lapas sikulah atau elakkan tidak dapat melanjutkan pelajaran disebabkan $$$; 
(viii) demokrasikan pemilihan ajk jkkk
(ix) kasi bantuan insentif untuk pengusaha pelancongan kicil-kicilan/yang baharu bermula

Kiulu terus maju dan sejahtera

Titipan sempena PRU14, 9.5.2018:

Kopisanangan.

KHC (Ulu Kiulu Tuaran) yang mempunyai sekurang-kurangnya 7 kampung utama menyediakan cabaran hebat kepada sesiapa sahaja wakil rakyat (P170 & DUN N11) untuk memajukan segala aspek sosio ekonominya. 
Kedudukan KHC di pinggir Banjaran Crocker dengan mencapai altitud lebih daripada 1001 meter, kecuraman melebihi 17% di kebanyakan kawasan dan dengan hujan turun sepanjang tahun serta suhu yang mencapai 16 darjah celcius, merupakan antara cabaran dan potensi besar yang perlu diambil diambilkira dalam pelan perancangan pembangunan kawasan tersebut.
Infrastruktur jalan raya, pusat komuniti dan kemudahan infostruktur (kemudahan menara telco) adalah antara yang telah tersedia dalam sesetengah kawasan ini. 
Selain projek-projek konvensional ini, kawasan KHC kini sudah mengorak langkah ke arah aktiviti sosial dan ekonomi baharu. Umpamanya adalah aktiviti ekonomi berasaskan agro-pelancongan. Ahli komuniti KHC kini menghasilkan produk-produk baharu dan diperbaharui secara lebih kreatif contohnya produk tanaman mulbery dan apiari.

INOVASI KOMUNITI INI TELAH DIMUDAHCARAKAN OLEH WAKIL RAKYAT SEKARANG YANG DIPILIH DALAM PRU13 LEPAS. 

Selepas hari pengundian PRU14 esok (9.5.2018) pastinya semua ahli komuniti KHC telah mencongak anjakan peningkatan sosioekonominya, dengan meletakkan harapan pemudahcaraan daripada bakal WAKIL RAKYAT ADUN DAN PARLIMEN yang akan dimuktamadkan selepas jam 12 tengah malam esok!

Sesiapa pun wakil rakyat yang dihasilkan oleh PRU14 ini, rakyat KHC mendambakan fasilitasi terhadap pelbagai isu. Antaranya:-
1. Merealisasikan pengiktirafan terhadap tanah adat warisan datuk-nenek-moyang di seluruh kawasan KHC;
2. Meningkatkan kemudahan infrastruktur dan infostruktur di seluruh KHC;
3. Meningkatkan inovasi dan kreativiti ekonomi berasaskan sumber setempat di KHC seperti pelancongan budaya, geo-tourism, agro-tourism.
(Dan isu-isu lain)

Kemajuan sosioekonomi ini akan memacu kepada peningkatan taraf dan kualiti pendidikan seluruh ahli komuniti KHC, seterusnya meletakkan taraf hidup mereka (kami) pada tahap lebih makmur, harmoni dan sejahtera.
Kombura
8.5.2018
Tuaran

Monday, February 12, 2018

Wajah baharu Gereja St Yohanes Tudan

Wajah baharu Gereja St Yohanes Tudan


·        Bangunan baharu gereja St Yohanes, Kg. Tudan Kiulu Tuaran kini siap sepenuhnya. Kos pembinaan gereja tersebut ditanggung sepenuhnya oleh penderma. Kini pihak gereja cuma perlu menyediakan peralatan-peralatan asas seperti meja, bangku, p.a.system dan sebagainya. 
·        Diucapkan syukur dan terima kasih yang tidak terhingga kepada penderma. Semoga Tuhan sentiasa memberkati dan terus dilimpahi rezeki, dan semoga terus mencurahkan khidmat social untuk masyarakat.
·        Syabas dan Tahniah kepada pemimpin gereja khususnya di pemimpin umat Katolik St Yohanes Tudan iaitu Kat. Felix Sipin Loidin, Kat. Justin Soimun dan Kat. Julita Gongul, Pn. Veronica Lionson, En. Jebos Gadiman; serta komuniti Katolik St.Yohanes Tudan; pemimpin-pemimpin Katolik Zon Tudan, Paroki Toboh dan Keuskupan Keningau.
·        Semoga  umaat St Yohanes Tudan semakin komited dan menghayati wawasan, visi dan misi serta matlamat Pastoral Keuskupan Keningau khususnya.

Derma/Sumbangan sentiasa dials-alukan. Semoga Tuhan Memberkati.

Picture & narrative by: Kombura




























Tuesday, January 17, 2017

mendemokrasikan badan jkkk



Poring Kiulu, 15 Januari 2017:
En. Johny Dawat terpilih  sebagai pengerusi baharu badan Jawatankuasa Kemajuan dan KEselamatan Kampung (JKKK) Kg. Poring Kiulu. Penduduk turut bersetuju (mengundi) En. Cosmas Boging sebagai Timb. Pengerusi dan Pn. Juliah Piloh sebagai Setiausaha merangkap Bendahari. Tiga orang ahli jawatankuasa kecil dipilih iaitu En. Sungki John, Pn. Sisiliah Gungkit dan En. Gining Ginggun.

Antara wakil dari UPPM Kiulu ialah PM En. Kumin Gabpai, bersama dengan En. Suali, Encik Jos dan En. Marius.

Syabas dan tahniah kepada barisan kepimpinan baharu JKKK Kg. Poring Kiulu, dan selamat menjalankan amanah yang diberi.




Wednesday, December 7, 2016

kgku harmoni, osompuru om koburu

kgku harmoni, osompuru om koburu

Tudan- 2.2.2016: Program Pelan Tindakan Kampung Sejahtera oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah (KPLB Sabah) berjaya dianjurkan dengan gilang gemilang bertempat di Pusat Komuniti Kg. Tudan Kiulu Tuaran. Program yang berlangsung selama 2 hari sejak 1.12.2016 itu telah melibatkan seramai lebih 100 warga  Kg. Tuddan JICA SDBEC bahan.

Bercakap dalam ucapan perasmian penutupan, ADUN N.11 Kiulu YB Datuk Joniston Bangkuai mengucapkan syabas dan tahniah kepada penduduk kerana dipilih oleh KPLB dalam program Kampung Sejahtera yang akan berlangsung selama 5 tahun. Pemilihan Kg. Tudan dalam program Kampung Sejahtera merupakan 'keberuntungan berlipatganda' bagi penduduk itu sendiri memandangkan program JICA SDBEC di kampung tersebut juga sedang berlangsung dan akan berakhir pada tahun 2017.

Beliau menegaskan bahawa konsep kerjasama demi kesejahteraan penduduk adalah intipati utama dalam mencapai hasrat tersebut. Tambahnya lagi, konsep kerjasama perlu diteruskan sungguhpun terdapat perbezaan fahaman politik dan sebagainya. Menurut beliau, konsep ini sentiasa diamalkan oleh pihak ADUN, ADR mahupun kerajaan secara keseluruhannya.

Turut merakamkan penghargaan pada program tersebut ialah PJKKK Kg. Tudan Kiulu, Pn. Emmylice Sirinus yang. Beliau mewakili penduduk sangat berterima kasih bukan sahaja kepada pihak KPLB dan pihak kerajaan tetapi juga kepada JICA SDBEC yang telah memberi bimbingan dan perubahan terhadap Kampung Tudan. Pusat Komuniti yang menjadi pusat aktiviti penduduk Kg. Tudan merupakan contoh jelas kepada sumbangan daripada pihak JICA SDBEC.

Antara pengisian program tersebut ialah 'brainstorming' terhadap keperluan dan projek-projek keutamaan untuk Kg. Tudan yang dijalankan secara berkumpulan iaitu Kumpulan Barisan Kepimpinan Kampung, Kumpulan Veteran, Kumpulan Wanita/Ibu dan Kumpulan Belia. Aktiviti-aktiviti program berjalan dengan lancar dan penuh semangat!

Semua ahli komuniti turut mempersetujui slogan KAMPUNGKU HARMONI, OSOMPURU, OM KOBURU sebagai slogan yang akan dipaparkan pada Papan Gerbang Kampung Sejahtera Kg. Tudan kelak.

Turut bersama dalam program tersebut ialah Pegawai Daerah Kecil Tamparuli, pegawai-pegawai kanan KPLB dan agensi kerajaan lain, UPPM dan pegawai kanan JICA SDBEC.


 Kombura Discovery: Syabas dan Tahniah kepada  semua ahli komuniti! Tilombuson do osompuru kumaa doid koburuon.









Monday, October 10, 2016



 Sukan mengeratkan persefahaman dan perpaduan penduduk



Tudan Kiulu, 8.10.2016:- Hari Sukan Negara peringkat Kg. Tudan Kiulu berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Program tersebut berjaya melibatkan lebih daripada 50 orang peserta yang terdiri daripada kanak-kanak dan dewasa. Antara aktiviti sukan dan fizikal yang dijalankan ialah merentas desa, 100m dan 4x100m, sepak takraw dan bola sepak selain acara sukaneka kanak-kanak. Terdahulu dalam ucapan pelepasan peserta merentas desa, Ketua Kampung Kg Tudan Kiulu, En. Golonius Gibin mengucapkan terima kasih atas penyertaan dan menegaskan bahawa sukan dan aktiviti fizikal adalah sangat penting bukan sahaja untuk kesihatan tubuh badan tetapi juga demi mengeratkan lagi persefahaman dan perpaduan penduduk.

Dalam pada itu, Badan Penaja JKKK Kg. Baraba Kiulu juga turut menghantar ahli komunitinya untuk menyertai program tersebut. Mereka berjaya melibatkan diri dalam semua aktiviti yang dijalankan.

Sementara itu, Pengerusi JKKK Kg Tudan Kiulu, Pn. Emylice Sirinus turut merakamkan penghargaan dan terima kasih atas kehadiran semua peserta serta urusetia program. Turut bersama dalam program ini ialah Timbalan PJKKK Kg Tudan Kiulu, En. Jomuin dan Setiausaha JKKK Kg. Tudan , En. Jenius Gadiman.

Penyampaian hadiah dan penutupan siap dijalankan pada jam 2.00 petang.






























































Gambar dan teks oleh: Kombura Discovery

Sisipan:
 Kg. Tudan Kiulu Tuaran adalah antara pengeluar madu tulen dari lebah apis cerana  dan madu kelulut. Perusahaan yang kian maju ini telah dihidupkan semula oleh JICA Sabah dengan kerjasama Kerajaan Negeri Sabah dan agensi-agensi kerajaan serta NGO.



















Rounded Rectangle:

Search 2.0

Montok manganu/download mantad youtube

  • http://keepvid.com/